Aku, bertaubatlah buat sementara ini.
Mengambil cuti buat seketika daripada menulis yang bukan-bukan kerana aku hendak belajar bersungguh-sungguh.
Itulah cita-citaku.
Aku berharap dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seperti yang selalu dikatakan oleh pengetua sekolahku.
Aku hendaklah mulai sekarang, menipu diriku.
Aku hendak beritahu sendiri yang aku cintakan sekolahku.
Cintakan guru-guruku dan cintakan sepuluh mata pelajaran yang menyeksa hidupku itu.
Walau bagaimana sekalipun, aku hendaklah tabah.
Menghadapi dugaan ini.
Sepuluh mata pelajaran tu, saya tidak berminat langsung.
Kalau bukan kerana masa depanku, ku takkan berusaha pun.
Meskipun saya masih belum berusaha dengan sepenuhnya, tapi aku akan cuba sedaya upayaku.
Saya kadang-kala sangat benci sekolahku yang kononnya alma materku.
Namun, yang menyampah tu bukanlah bangunan tu.
Tetapi orang yang di dalamnya dan mestilah tidak termasukku sendiri.
Baiklah, cukup setakat ini. Saya bertaubat.
Sekian.